Thursday, December 16, 2010

Organisasi:Atasan Dan Bawahan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Saling hormat menghormati dan saling menghargai adalah sudah kewajiban kita sebagai manusia, dan tdk memandang gender, usia, pendidikan, jabatan, harta kekayaan dll.

Saya melihat ketua sebagai seorang yang perlu dihormati, dipercayai dan dijadikan sahabat serta mentor. Apa akan jadi sekiranya terdapat kakitangan bawahan sudah hilang hormat dan taat setianya kepada ketua. Jawapannya ialah akan kucar kacirlah organisasi itu.

Ramai yang kurang faham kenapa seseorang ketua itu perlu dihormati, dan saya jangkakan ramai yang melihat menghormati ketua hanya sebagai satu tingkah laku sosial sahaja, silap semata-mata kerana menghormati dan taat setia kepada ketua merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Banyak yang saya lihat staf bawahan cuba mengujudkan kelompok untuk mensabotaj ketua sama ada terangan atau sebaliknya - ramai yang tidak sedar bahawa sikap ini dapat dilihat oleh ke luar kelompok itu dengan sangat jelas.

Habis bagaimana  kalau ketua itu sendiri tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya, bersikap kuku besi dan kurang ilmu. Jawapannya mudah, dalam organisasi tiada orang pun yang akan one man show, jadi begitu juga dengan menegur bos, pegawai kanan bos atau orang kepercayaannya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan bos ini. Cara menentangnya bukan cara penyelesaian malahan adalah cara yang memburukkan keadaan.

Sistem Organisasi


Kebanyakan sistem organisasi di negara ini berteraskan kepada sistem chain-of-command bermakna, organisasi dibentuk atas beberapa peringkat hairaki. Setiap peringkat akan diketuai oleh seorang ketua. Tujuan ketua ini adalah bagi menentukan perjalanan bahagian/ jabatan/ unit bagi mencapai objektif organisasi secara holistik. 

Manakala fungsi sistem ini adalah bagi pemantauan dan mentoring. Ketua dan staf di bawah seliaannya memainkan fungsi masing-masing yang telah didefinasi dan dibentuk oleh pihak pengurusan atasan. Jika seseorang ketua atau salah seorang kakitangan di bawah seliaannya gagal, maka akan gagal lah organisasi tersebut. Kegagalan ini biasanya akan dikaji dan jika perlu tindakan hukuman atau ganjaran akan diberikan. Yang sebenarnya ini jugalah yang sedang diimplimentasikan oleh Kerajaan Malaysia.

Oleh yang demikian, ketua perlu memahami segala tindakan yang perlu dilaksanakan olehnya, dalam erti kata yang lain ketua perlua ada banyak ilmu antara yang penting ialah ilmu psikologi, ilmu dalam pentadbiran, pengendalian mesyuarat dan pengendalian krisis. Ketua tidak patut mengujudkan suasana permusuhan, perlu mempunyai perasaan menyayangi staf bawahannya, membela staf, menasihati dan yang utama bukan memarahi, ingat zaman telah berubah dan pengendalian sumber manusia juga berubah. 

Tanggungjawab ketua yang sebenarnya bukan sahaja pada menilai stafnya pada setiap akhir tahun, tetapi membimbing pada awal dan sepanjang tahun. Yang sebenarnya apa yang ditunjukkan/ kegagalan unit di bawahnya/ stafnya melambangkan kegagalan ketua itu sendiri. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan tetapi menjadikan kesibukan sebagai titian untuk mengeratkan perpaduan dengan cara mengagihkan tanggungjawab dengan bijak.


Adakah perlu ada jarak diantara orang atasan dan orang bawahan?

Saya yakin ramai yang memikirkan soalan ini lebih cenderung kearah keegoan seorang pegawai atau bos.Saya cuba membicarakan persoalan ini dalam kontek yang lebih positif.

Dalam setiap organisasi pasti ada melibatkan hieraki atau tingkat kuasa,dimana setiap pegawai akan ditadbir oleh seorang pegawai atasan masing-masing.Tentulah tidak menjadi satu kesalahan untuk kita suasana kemesraan dalam perhubungan sesama staf.Namun perlu dibawa dengan bijak kerana sering kali terjadi silap bawa kemesraan yang wujud diantara pegawai dan staf.

Janganlah menjadi terlalu mesra hingga hilang hormat.Kedua belah pihak perlu bijak membawa diri.Menjadi terlalu akrab hingga boleh berbicara "Aku,Engkau" dengan orang atasan bukanlah suatu perkara yang positif.Melalui pengalaman saya yang tak sampai setahun jagung,pernah melihat bagaimana pegawai yang terlalu mesra dengan staf bawahan hingga merasa segan untuk memberi arahan kepada staf.



Ada juga dikalangan staf yang merasakan mereka terlalu sempurna dan lebih bijak dari yang lain termasuk ketua mereka sendiri.Ada kebenarannya dan saya setuju dengan hal ini sebab setiap manusia ada kelebihan masing-masing.Namun tetap perlu ada sikap hormat pada ketua.Walaupun ketuanya mungkin seorang wanita atau lebih muda dari mereka.

Suasana atau budaya di sesuatu organisasi juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang,jika dari awal mungkin dia akan menjadi pihak berkecuali.Namun pada akhirnya seseorang itu akan memilih kumpulan mereka sendiri.Apabila seseorang itu telah berada pada tahap "tepu" iaitu lebih dari lima tahun dalam keadaan sedia ada kini,maka amatlah sukar untuk mengubah kembali.

Adakah kita merasa segan/hormat pada ketua kita atau takut disebabkan kuasa yang ada padanya?Bagi saya,saya ada keduanya.



Akhir kata

Sekali lagi ini hanyalah pendapat saya pribadi yang tentunya dapat saja salah, tapi ada baiknya jika kita mengkaji dan meneliti kembali. Hanya Allah SWT yang mengetahui Kebenarannya.

2 comments:

stramberrymanis said...

i like this entri... :)

Azman Hj. Ayup said...

Ketua yang baik ialah mereka yang mampu menjadi pemimpin, membimbing orang di bawahnya, menyuluh jalan yang gelap, menerangi orang lain. Mereka bukanlah kelompok yang gila kuasa tetapi bersikap terbuka. Mereka bekerja kerana Allah SWT. Memang benar jika tiada jurang di antara ketua dan orang di bawahnya, perasaan hormat akan hilang. Ketua disegani bukan sifat dan emosinya tetapi ilmunya...

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...