Thursday, December 2, 2010

UiTM Dihatiku




Wawasan Setia Pelajar

Bersatu kita pelajar UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita… jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa

Kita… jangan mudah terleka
kemajuan, keamanan yang ada

Kita… berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara

Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah pelajar berwawasan

UNTUK NEGARAKU.


Saya merupakan sebahagian daripada beribu bumiputera yang mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA.Saya memasuki UiTM pada tahun 2000 di UiTM Cawangan Kelantan (Diploma Pengajian Maklumat) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan dan maklumat pada tahun 2004.Namun demikian,disini bukan saya nak bercerita tentang kelulusan saya yang tidak seberapa itu.

 
Baru-baru ini,saya merasa amat terkilan sekali dengan  kenyataan beberapa individu yang memperlekehkan UiTM.Mereka merendah-rendahkan Institusi yang banyak sekali jasanya kepada anak bangsa. Mereka menyindir yang UiTM ini adalah universiti ini tolong melayu.

Mereka ini adalah golongan terpelajar dan hebat,lulusan luar negara,berbangsa melayu dan beragama islam.Mungkin kerana telah menjadi terlalu bijak pandai,mereka merasa diri mereka tidak lagi sama level dengan orang lain.Saya tidak dikurniakan oleh Allah SWT bibir yang petah berhujah,namun saya dikurniakan oleh Allah SWT akal untuk berfikir.Oleh itu,atas rasa tanggungjawab.Izinkan saya menyatakan beberapa Keistimewaan UiTM untuk kita sama-sama fikir.

Universiti Teknologi MARA

Daripada 24 buah universiti yang wujud di seluruh Malaysia, satu-satunya universiti yang dikhaskan untuk Bumiputera-Melayu-Pribumi hanyalah UiTM. Manakala untuk kaum-kaum lain, mereka mempunyai pelbagai universiti yang dimiliki oleh taukeh-taukeh besar bangsa mereka sendiri, terutama yang dimiliki oleh entiti-entiti seperti Dong Jiong.

Berbekalkan kredit wajib untuk matapelajaran Bahasa Melayu, dan tiga kredit yang lain, anda (yang berbangsa Melayu-Bumiputera-Pribumi sahaja) sudah boleh memasuki UiTM sama ada untuk kursus pra mahupun diploma bagi kursus-kursus yang ditawarkan seperti perakaunan dan pra-sains (kejuruteraan dsbg)

UiTM memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta setiap tahun untuk 5000 orang pelajar semester baru.

Paling menarik apabila UiTM turut memberikan RM400 sebulan kepada para pelajar dari golongan miskin iaitu RM300 untuk duit poket, manakala RM100 untuk bahan kuliah. Apa yang diperlukan untuk pelajar-pelajar baru UiTM menikmati kelayakan ini ialah:

(1) Salinan keputusan SPM
(2) Salinan kad pengenalan dan surat beranak calon
(3) Salinan kad pengenalan dan surat beranak ibu bapa calon.
(4) Penyata pendapatan ibu bapa atau surat pengesahan pendapatan atau suratuntuk mengesahkan ibu bapa calon mempunyai pendapatan kurang dari RM2000 sebulan.

Selain itu, UiTM tidak lagi mengenakan bayaran untuk borang permohonan kemasukan seperti universiti-universiti lain atau dengan kata lain, permohonan adalah PERCUMA. Selain itu, UiTM juga tidak mengenakan yuran tiusyen dan yuran kemasukan (untuk pelajar yang layak).

Lebih  menarik apabila UiTM memberikan peluang kepada calon-calon SPM dari tahun 2004 hingga 2009 untuk memohon dengan 4 kredit (Bahasa Melayu wajib). UiTM sedang berusaha untuk menyasarkan 16,000 orang akauntan Melayu yang sekarang jumlah mereka tidak lebih 1000 orang.

Jangan sesekali mempertikaikan UiTM adalah hak bumiputera

Sesiapa pun yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran di UiTM itu sebenarnya tidak hanya melangkaui sempadan kaum, tetapi turut mencabar undang-undang negara.

Malah, mereka juga sebenarnya merendah-rendahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan apa yang termaktub di bawah Akta UiTM 2000 merupakan pindaan dari Akta ITM 1976 yang menyatakan penubuhan universiti itu tertakluk kepada peruntukkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 yang menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak yang mana tanggungjawab memelihara keistimewaan kumpulan bumiputera itu terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, dasar UiTM sejak penubuhannya hampir 52 tahun lalu iaitu eksklusif kepada pelajar Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja dikekalkan semasa Akta UiTM diluluskan oleh Parlimen pada 2000.


Fikirkanlah tentang nasib anak bangsa,jangan hanya pentingkan diri sendiri dan sombong

Hakikat yang perlu diterima, orang Melayu sehingga kini masih jauh ketinggalan dalam banyak bidang dengan bangsa lain, dan salah satu ruang untuk orang Melayu memajukan diri ia- lah di UiTM.

Dengan peranan UiTM memperkasakan orang Melayu, bukanlah bermaksud UiTM membelakangkan semangat perpaduan di kalangan kaum di negara ini, kerana bangsa lain tidak pernah dinafikan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang setaraf, malah lebih baik lagi dari UiTM.

Terlalu banyak IPT yang dibuka tanpa sebarang had kepada kaum bukan bumiputera, lalu kenapa UiTM yang merupakan satu-satunya institusi untuk orang Melayu selaras dengan hak eksklusif bumiputera ini mahu dirampas?

Jika merasakan bahawa orang melayu memang lemah,apa peranan dan tanggungjawab kamu dalam memajukan Agama,Bangsa dan Negara?Aapakah dengan menghina dan memberi hujah-hujah memperlekehkan bangsa sendiri membuatkan kamu merasa gah dan hebat?

Akhir kata

Janganlah kita bercerita tentang negara luar dan secara berlebihan mendewa-dewakan acuan barat.Negara kita tangungjawab kita,dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung,hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.Perbuatan dan kata-kata kamu itu sesuai dengan peribahasa melepaskan anjing yang tersepit.

Bukanlah saya ini seorang yang keras kepala dan jumud pemikirannya sehingga tidak boleh menerima pendapat dan buah fikiran serta pandangan orang lain.Namun biarlah yang membina dan ikhlas.Kamu juga orang kampung pada asalnya,sama seperti saya dan mereka yang lain,main lumpur,mandi sungai makan ubi kayu.

Keistimewaan UiTM  tiada kat mana-mana universiti lain dalam dunia ni. Jati diri sebagai seorang MELAYU dan ISLAM bertambah di sini, bangsa sendiri dihormati dan bangsa lain juga disayangi kerana pensyarah dan staf mereka juga berbangsa CINA, INDIA dan sebagainya. Adat dan adab MELAYU dijaga, kesopanan dan kesusilaan menjadi tonggak utama dalam UiTM.Janganlah hanya kerana seekor kerbau membawa lumpur,semua dihukum sedemikian.Dalam setandan kelapa,bukan semua elok,apakah kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar?


UiTM di Hatiku

wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku

majulah bangsa
maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya…… demi bangsa

watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
doa restu ayah bonda ku untuk mu semua..
uitm… usaha taqwa mulia

Lagu UiTM mungkin tidak membawa erti kepada kamu yang tidak tahu menghayatinya.Namun ianya sudah cukup untuk membuat kami anak bangsa merenung dan merasa bangga dengan perjuangan kami.Anak Kecil main api,terbakar hatinya yang sepi.


 
 


1 comment:

Anonymous said...

betul tu. nak2 ramai mahu menghapuskan ketuanan Melayu. Walaupun nama ketuanan Melayu, nama perlembagaannya ialah Hak Istimewa Melayu & Bumiputera. Jika musnah ketuanan Melayu, musnahlah sistem pendidikan ekslusif Melayu-Bumiputera. Ini menjadikan jurang professional Melayu dan bukan Melayu akan bertambah. Skrg pun UiTM tidak mampu merapatkan jurang itu tetapi UiTM dapat mengecilkan jurang yang ada. Dan usaha UiTM menerusi Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) giat dilakukan. Tetapi suara2 sumbang pulak mahu mematikan usaha ini. Kerana politik, mereka menggadaikan bangsa mereka.

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...