Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pernahkah anda berasa marah?Marah yang teramat sangat!Hayatilah kisah dibawah untuk dijadikan pedoman bersama.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
***
Sifat marah dan panas baran bukanlah perkara kecil bagi sesiapa yang benar-benar yakin dan mengharapkan pertemuan dengan Allah SWT. "Kemarahan itu daripada Syaithan" itulah pesanan Rasulullah SAW, tentunya ia akan mendekatkan kita kepada Syaithan daripada Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar orang yang sedang marah segera membuang jauh kemarahannya dengan segala macam cara yang dibenarkan, kerana jika dibiarkan boleh mendatangkan perbuatan yang diharamkan oleh syariat seperti bergaduh, mencederakan, membunuh, menceraikan isteri dan yang lain-lain yang menyebabkan penyesalan seumur hidup. Orang mukmin diwajibkan agar sentiasa bertakwa kepada Allah dan hanya boleh marah kerana agama Allah iaitu Islam. Dan demikianlah sifat nabi s.a.w., baginda tidak pernah marah dan dendam kerana dirinya, dia hanya akan marah sekiranya peraturan-peraturan Allah dilanggar oleh umatnya.
4 comments:
QT? awak marahkan sape?? :)
marah-marah sayang....
marah pada diri sendiri
saya sgt takut bile dia marah
marah kalu diterbalikkan hurufnya jadi haram.. so.. dua-dua tak baik,.. jgn marah yer kawan... QT Smile :)
Post a Comment