Tema:"Inovasi Pemacu Kegemilangan" dan "Transformasi Melalui Kepimpinan Berpasukan
Tarikh:21-23 Januari 2011
Lokasi:PNB Ilham Resort,Port Dickson
Seramai 56 orang staf perpustakaan UTeM daripada pelbagai peringkat telah terlibat dalam program PINTAR Siri 01/2011.Pemangkin Program PINTAR ini adalah daripada Y.Bhg.Prof.Datuk Dr.Ahmad Yusoff bin Hassan iaitu Naib Canselor UTeM sendiri.
Para peserta bertolak dari perpustakaan pada jam 3.00 petang dan tiba pada jam 5 petang.Jarak diantara UTeM dan lokasi program hanya lebih kurang 105KM dan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja.
Pelbagai program dan modul yang menarik yang saya dapati untuk Program PINTAR ini.Saya secara jujurnya merasakan program PINTAR ini amat memberi kesan serta ianya merupakan satu program yang tidak terlalu berat dan rigid sebagaimana kursus-kursus motivasi yang pernah saya hadiri.Tiada sesi sentimental melainkan berfokuskan kepada pembinaan jatidiri dan semangat berkerjasama dalam satu pasukan.
Terdapat aktiviti outdoor iaitu "Berakit" dimana dalam aktiviti ini setiap pasukan diarahkan untuk membina rakit sendiri daripada peralatan yang disediakan dan berakit sejauh lebih kurang 100M pergi balik di pantai.Melalui aktiviti ini konsep kerjasama,kepimpinan,ketabahan dapat dihayati.Semestinya terdapat pelbagai aksi dan ragam daripada setiap peserta ketika melayarkan rakit masing-masing.Ini dapat dilihat pada sesi tayangan video pada malam kedua.
Saya belajar untuk memahami konsep "Win Win Decision" yang mana semangat untuk saling bantu membantu dipraktikan sesama pasukan bagi menjayakan sesuatu tugasan atau mencapai matlamat.Selain memahami erti tersirat disebalik setiap aktiviti dan modul,saya juga dapat merumuskan sendiri beberapa perkara.Semestinya penghayatan setiap peserta berlainan.
Persoalan yang paling menarik yang diutarakan oleh Lead Fasilitator Encik Farid Bin Faiz ialah:
Apakah Kesinambungan dan Penghayatan Daripada Kursus ini akan Kekal Dipraktikkan Didalam Pekerjaan Seharian?
Jawaban ada pada diri kita sendiri.
Insyallah,jika ada umur dan rezeki,ingin sekali lagi saya mengikuti kursus sebegini (semestinya dengan modul dan pendekatan yang berbeza).
Isnin ramailah yang mengambil cuti:)
untuk perincian setiap aktiviti,silalah ke blog sahabat saya:
Panas..Panas....Kipas...
FOTO
Jadual Program
Bus Geng Perusuh
Ketua Perusuh (ditengah)
Geng kopi O
Perasmian
Baju ehsan
Santai
Jangan lupa teks
Penutup
Bersama Lead Fasilitator En Farid bin Faiz
Foto kurang,memory kad tertinggal:)
No comments:
Post a Comment