Friday, January 28, 2011

Panorama Kehidupan


Gambar hiasan



Satu pagi sekitar November 2010

Pagi itu disebabkan hujan lebat saya naik kereta ke tempat kerja,biasanya saya naik motor saja.Jarak dari rumah ke tempat kerja tak jauh,sekitar 10KM sahaja dan melalui 4 trafic light.Ketika sampai dipersimpangan Hang Tuah.Kereta saya berada dihadapan sekali.Hujan bertambah lebat disertai dengan angin yang agak kencang.Sementara menunggu lampu hijau,saya layan radio.Kiri kanan persimpangan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan,ada yang mewah,sederhana dan biasa-biasa(sama macam saya:)

Tetiba terperasan sebuah motosikal honda EX5 yang dinaiki oleh 4 orang penumpang.Sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka yang masih kecil,seorang duduk dibahagian hadapan (kaki dalam bakul) dan seorang lagi dalam usia 2 tahun didukung oleh ibunya.Mereka terketar-ketar menahan kesejukan dalam badai hujan yang tidak mengenal erti kasihan.Si ibu mendakap anak dengan erat(cuba menghangatkan).Si ayah berpaling untuk melihat isteri dan anaknya dibelakang dan entah bagaimana sekilas pandangan kami bertaut.Jelas kerisauan dan kegusaran terpancar di wajah si ayah.Galau memikirkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan padanya,gelisah hatinya hanya Allah SWT yang tahu.

Lampu hijau,masuk gear terus jalan,sempat saya menjeling melalui cermin,motor itu perlahan-lahan bergerak.Saya doakan agar mereka selamat sampai ke tempat dituju.Saya tiba di pejabat dalam keadaan kering,berpakaian kemas duduk di bilik sambil berangan untuk menukar kereta yang lebih hebat.

Terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup. 


1 comment:

KataHati said...

Sedih..bersyukur di atas nikmatNya..Alhamdulillah..

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...