1 November 2011 (Selasa)
Lokasi:Radio Malaysia Melaka (Melaka FM)
Masa: 1.00 petang hingga 2.00 petang.
Tajuk:Dunia Kepustakawanan
Saya telah menerima jemputan daripada Radio Melaka FM sebagai tetamu bagi membicarakan isu "Dunia Kepustakawanan".Insan yang bertangungjawab dalam "menggalakkan" saya untuk menerima jemputan ini tidak lain ialah En Arman dan En Azman.Dua orang pegawai atasan saya.
Saya tiba di Radio Melaka FM pada jam 1 petang,program bermula jam 2.00 petang.Setibanya saya disana saya bertemu dengan seorang lagi tetamu jemputan yang akan bersama saya iaitu adik Mohd Zamzam bin Hamdan dari High School,Melaka untuk Program NILAM.
Saya juga turut bertemu dengan En Zaidee Muhammad (Pembantu Perpustakaan) dan Puan Nurul Hidayah Che Man (Ketua Bahagian,Gerakan Literasi Maklumat Zon Merlimau,Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka). En Zaidee adalah individu yang berurusan dengan saya berkenaan jemputan ke rancangan ini.
Kami memasuki konti 10 minit sebelum rancangan ke udara,berkenalan dengan DJ bertugas iaitu En Rahim serta berbincang tentang soalan yang akan dikemukakan.Penerangan adalah sangat perlu,maklumlah,baru kali pertama,semestinya gemuruh jiwa.
Tepat jam 2.00 petang,rancangan bermula.Secara rasminya saya ke udara buat kali pertama dalam hidup bagi membicarakan topik kepustakawanan di FM 102.3 Radio Melaka.Adrenalin lebih laju daripada biasa,saya dapat mendengarkan degupan jantung sendiri:)
SOALAN UNTUK TETAMU
- PERKENALKAN DIRI ( LATAR BELAKANG / PENDIDIKAN / KERJAYA DAN JAWATAN SEKARANG)
- CERITAKAN PENGALAMAN TUGAS DI PERPUSTAKAAN UTEM SEBAGAI PUSTAKAWAN
- BAGAIMANA KERJAYA DAN HIDUP SEBAGAI PUSTAKAWAN? ADAKAH IA MAMPU MEMBERI PELUANG KERJAYA YANG LEBIH BAIK BERBANDING KERJAYA LAIN?
- APAKAH PERSAMAAN SERTA PERBEZAAN ANTARA PERPUSTAKAAN AKADEMIK DENGAN PERPUSTAKAAN LAIN YANG ADA DI NEGARA KITA?
- BAGAIMANA PENGGUNAAN TEKNOLOGI MASA KINI MAMPU MEMBANTU PUSTAKAWAN UNTUK MEMBANTU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT
- APAKAH CONTOH-CONTOH TEKNOLOGI MASA KINI YANG TERDAPAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK
- APAKAH CABARAN DAN NILAI YANG PERLU ADA DALAM DIRI SESEORANG PUSTAKAWAN
- HARAPAN KEPADA PENDENGAR MENGENAI PELUANG KERJAYA SEBAGAI PUSTAKAWAN
Sesi berakhir jam 2.30 petang,alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.Saya sempat juga online dengan GT ketika rancangan ke udara,membaca respon dan komen daripada rakan sepejabat dan kenalan.Semestinya pelbagai-bagai.
Sebelum beredar,saya dan adik Mohd Zamzam bin Hamdan menerima cenderahati daripada PERPUSTAM yang disampaikan oleh Puan Nurul Hidayah Che Man.
Saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak PERPUSTAM & Radio Melaka FM atas peluang yang diberikan ini.Tentunya peluang sebegini bukan sentiasa ada.Saya berasa cukup puas kerna dapat mengutarakan pendapat dan pandangan berkaitan dunia kepustakawanan kepada masyarakat.Terima Kasih juga pada En Azman Ayub,Encik Arman Muhammad dan semua kenalan yang memberikan sokongan dan dorongan pada saya.Buat isteri tercinta kerana yang tak putus mendoakan kejayaan suami.
No comments:
Post a Comment