Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya ingin mengucapkan syabas & tahniah kepada kontinjen Malaysia. Kami bangga dengan anda semua!.kontinjen Harimau Malaysia mengakhiri cabaran edisi ke-16 Sukan Asia dengan keseluruhan 9 emas 18 perak dan 14 gangsa – menepati sasaran dan mengatasi pencapaian Doha 2006.
Malaysia berada dalam kedudukan ke-10 secara keseluruhan.Ini juga adalah pencapaian terbaik Malaysia sejak menyertai Temasya sukan kedua terbesar di dunia ini.Sudah semestinya tuan rumah,China mengungguli carta dengan kutipan 199 emas.
Saya merasa sangat teruja dan kagum dengan semangat setiap atlet yang bertanding.Malaysia turut mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya pasukan hoki (lelaki) negara mara ke peringkat akhir,walaupun akhirnya tewas kepada Pakistan 2-0.
China telah membuktikan yang mereka telah melakukan segala persiapan yang bagi saya adalah terbaik setakat ini.Saya secara peribadi merasa amat kagum apabila menyaksikan upacara penutup Sukan Asia 2010.Walaupun hanya melalui kaca televisyen,namun aura yang dipaparkan seolah diri turut berada disana.
Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh pelajari dari kuasa-kuasa utama sukan dunia terutamanya dari Asia seperti China dan Jepun.Saya yakin program-program sukan serta latihan untuk atlit-atlit mereka sudah jauh maju kehadapan.Ini dapat dibuktikan dengan penguasaan secara total bagi beberapa acara tertentu seperti acara renang,gimnastik dan olahraga serta bolasepak.
Kita mesti membuat persediaan dan melatih lebih ramai atlet-atlet pelapis untuk masa akan datang.Kita tidak boleh terus bergantung harap kepada Dato Nicol dan Dato Lee Chong Wei sahaja.Program sukan harus diberi penekanan.2010 adalah tahun kegemilangan sukan Malaysia kalau kita betul-betul prihatin.Dimana kita cemerlang di sukan Komanwel dan sukan Asia.
Senarai Pemenang Pingat Emas Malaysia Pada Sukan Asia Ke-16
GUANGZHOU: Berikut adalah senarai atlet Malaysia yang menang pingat emas pada Sukan Asia ke-16 di sini:
1. Chai Fong Ying (Wushu - Wanita - Taijijian/Taijiquan)
2. Azizulhasni Awang (Berbasikal - Keirin)
3. Alex Liew dan Aaron Kong (Boling - Pasangan Lelaki)
4. Datuk Nicol Ann David (Skuasy- wanita - individu)
5. Mohd Azlan Iskandar (Skuasy- lelaki - individu)
6. Alex Liew (Boling - All-Events)
7. Ku Jin Keat (Karate - Lelaki - Kata)
8. R. Puvaneswaran (Karate - Lelaki - Bawah 55kg)
9. Pasukan Skuasy Wanita - Nicol David, Sharon Wee, Low Wee Wern, Delia Arnold. -BERNAMA
Majulah Sukan Untuk Negara
Closing Ceremony Asian Games 2010,Guangzhou