Saturday, November 20, 2010

Selamat Hari raya Aidil Adha 1431



Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.


Tahun ini saya menyambut Aidil Adha di Kuala Rompin,Pahang.Gema takbir memuji kebesaran Ilahi begitu menyentuh hati.Solat Sunat Aidil Adha di surau At Taqwa Sg Puteri pada jam 8.30 pagi.Dalam Khutbah sempena sambutan aidil adha,imam menerangkan tentang semangat pergorbanan yang perlu ada dalam diri setiap umat islam untuk menegakkan agama Allah SWT.

Selepas selesai menunaikan solat sunat Adil Adha,para jemaah akan termasuk saya pulang seketika di rumah untuk bersarapan serta bersiap untuk menolong dalam aktiviti korban yang akan diadakan pada jam 930 pagi.Setibanya dirumah,kami adik beradik mengucup tangan ayah dan bonda bagi memohon kemaafan.

Sebanyak 5 ekor lembu yang bakal dikorbakan pad tahun ini.Imam memberi taklimat terlebih dahulu kepada semua yang hadir termasuk yang mengambil bahagian saham dalam majlis korban.Majlis korban selesai dengan jayanya lebih kurang jam 1 tengahari.

Berkunjung ke rumah sanak saudara.

Jam 2.00 petang.kami bertolak ke Kuantan untuk mengunjungi sanak saudara.Rumah pertama yang kami singgah ialah rumah Mak Lang (Adik mak).Seingat saya,kali terakhir saya berkungjung kesini ialah pada 10 tahun lepas.Mak lang menyambut kami dengan senyum mesra.Sesungguhnya kunjungan saya kali ini ke rumah Mak Lang amat menginsafkan.Mak Lang bukanlah orang senang,keadaaan rumah yang agak daif sudah cukup untuk mengambarkan kepayahan yang dihadapinya.

Destinasi seterusnya ialah rumah Mak Lang (adik ayah) di Balok,Kuantan.Kami tiba dalam jam 4.00 petang.Ketika sampai,terdapat juga sepupu-sepupu yang lain  ada di rumah Mak Lang.Kami bercadang untuk kerumah Pak Anjang,namun lokasi tidak dijumpai.Kami bertolak pulang ke Kuala Rompin dalam jam 6.00 petang.

Akhir Kata

Sesungguhnya dalam hidup ini,kita tidak dapat lari dari pengorbanan,samada kita sedar atau tidak.Menghayati erti pengorbanan akan menjadikan kita lebih tabah dan cekal dalam hidup.Bagi mereka yang mengerti,kata-kata tidak perlu lagi.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan.

Insyallah.











No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...