Sunday, November 7, 2010

Melayan Tetamu,Memenuhi Undangan.

Memuliakan Tetamu

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bulan Oktober dan November ini,saya ada menerima  kunjungan samada dari kawan-kawan ataupun sedara mara.Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana membukakan pintu rumah dan hati tetamu saya untuk bertandang ke rumah saya.Tetamu saya kebanyakan adalah dari luar Melaka,terutamanya dari Pahang dan Putrajaya.Meraka datang membawa keluarga untuk bercuti di Melaka,

Dengan segala kekurangan yang ada pada diri,saya cuba untuk memberikan hak dan layanan yang terbaik buat tetamu yang datang ke rumah.Adalah menjadi satu penghormatan bagi saya jika tetamu yang datang sudi bermalam di teratak saya.

Saya percaya,kedatangan tetamu adalah anugerah dari Allah SWT untuk mengeratkan lagi tali silaturahim diantara yang jauh.Tetamu juga adalah kurniaan rezeki untuk tuan rumah.

Justeru itu,saya memohon ampun maaf sekiranya ada terdapatnya kekurangan atau cacat celanya layan serta tuturkata saya sepanjang saya melayan kehadiran tuan/puan.

Memenuhi Undangan 
(07 November 2010)

Majlis Perkahwinan Kharmizi Bin Khamis (Mizi) dan Nur Azean Binti Mahat (Azean)
Lokasi:Taman Penghulu Jabar,Bukit Katil.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Mizi dan Azean,diharapkan agar jodoh anda berdua berpanjangan hingga ke akhirnya.Sebenarnya jodoh kalian berdua telah tertulis dilangit,dan hari ini kalian berdua telah menzahirkannya dibumi.Serba unggu pasangan pengantin ini.

Sama cantik,sama padan,
bagai pinang dibelah dua,
bagai cincin dengan permata,
bagai purnama dipagari bintang.

Turut hadir ketika saya sampai ialah Hapiz dan tunangannya Noraini serta Syukran.Saya perasan juga kehadiran Penolong Pendaftar PTJ Perpustakaan Encik Sahar.

Majlis Aqiqah cahayamata Azman Amir 
Lokasi:Ayer Molek

Selepas saja siap makan dan bergambar bersama pengantin,saya dan isteri berserta hapiz dan tunangannya memohon untuk beredar ke rumah Azman Amir (Penolong Pegawai PTJ Perpustkaan).Jarak antara dua tempat ini tidaklah jauh sangat.Tahniah kepada Azman dan isteri kerana beroleh seorang puteri iaitu Aisyah Zahrah.

Enak sekali lauk pauk (kambing) yang dihidangkan,memang menjilat jari serta bertambah jugalah makan walaupun baru lepas makan di rumah Mizi.Ketika hendak beredar,saya berselisih dengan Puan Hajah Faridah (KP) yang baru tiba bersama anak-anaknya.Asmadi,Tila danShima

Saya berterima kasih kepada mana-mana rakan-rakan yang masih mengingati diri saya,terutama yang   mengirimkan undangan/jemputan ke majlis-majlis perkahwinan,aqiqah dan juga lain-lain.Saya amat berbesar hati bila menerima jemputan.Insyallah,mana yang dapat,saya akan menghadirkan diri.

FOTO

Bersama Pengantin Ungu

Ambik Barakah...

Mr Nik syukran

Mr Azman Ayup n Herol

Mrs Wizana n Husband

Kasih seorang ayah

Tahniah

Berselisih






No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...