Friday, November 12, 2010

Bengkel Pelan Tindakan Kecemasan


Bengkel Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Action Plan)
Tarikh   : 10-11 November 2010 (Rabu - Khamis)
Lokasi :Pusat Konvensyen Kampus Bandar UTeM


Latarbelakang

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat.

Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.


Saya telah menghadiri bengkel (mengantikan En Sahar) ini bersama Encik Harul.Ianya merupakan kursus /bengkel yang ketiga saya hadiri kerana saya juga adalah sebahagian daripada Emergency Respone Team bagi PTJ Perpustakaan UTeM.

Bengkel bermula pada jam 9.00 pagi dimana selepas pendaftaran,dianggarkan seramai 30 orang peserta telah mendaftarkan diri.

Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Othman Haji Ismail,HSE Consultant daripada Occopational Safety& Health Academy Sdn Bhd.

Objektif bengkel ini ialah:
  1. Describe principles of Emergency Management
  2. Describe principles of Emergency Management Cycle
  3. Describe Site Specific Emergency / Incident Action Plan
  4. Describe ICS & MKN 20
  5. Describe ICS Exercise Design Requirement
Hari Pertama 10 November 2010 (Rabu)

Penceramah memberi penerangan berkenaan kefahaman mengenai tafsiran keselamatan di tempat kerja serta risiko-risiko harian yang sering dihadapi oleh pekerja dalam pelbagai sektor.Turut diberi penekanan ialah hak seorang pekerja dalam menghadapi risiko kecederaan ketika berlaku sebarang kecemasan.

Cth:
Seorang pekerja berhak untuk tidak menurut arahan majikan untuk memadamkan api ketika berlaku kebakaran jika ianya boleh membahayakan serta berisiko tinggi.

Majikan adalah bertanggungjawab terhadap mengenalpasti bahaya/risiko yang mungkin dihadapi oleh pekerja,pelawat dan persekitaran didalam premis/kawasan organisasi.Ianya adalah berdasarkan Seksyen 15.1.

Konsep Emergency Management Cycle turut diperincikan,dimana ianya merupakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum,semasa dan selepas kecemasan.


Emergency Management Cycle




Pengurusan bencana (disaster management) sendiri dikenal memiliki kitaran yang terbentuk atas empat seperti mitigation, preparedness, response, dan recovery.  

  • Mitigation diertikan sebagai setiap aktiviti yang dilakukan untuk mengatasi atau mengurangi tingkat risiko bencana dalam jangka panjang  terhadap manusia maupun harta benda.  

  • Preparedness adalah setiap aktiviti sebelum terjadinya bencana yang bertujuan untuk mengembangkan kapabiliti operasional dan memfasilitasi respon yang efektif ketika suatu bencana terjadi. 

  • Response adalah  setiap aktiviti yang dilakukan sebelum, selama, ataupun seketika setelah terjadi suatu bencana yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa, meminimakan kerosakan terhadap harta benda, dan meningkatkan efektif program-program baikpulih

  • Recovery adalah  aktiviti jangka pendek untuk memulihkan fasilitI kehidupan masyarakat (life support system)  agar dapat kembali beroperasi secara normal (Morrisey, 2004).

Konsep "Expect the Unexpected Thing" juga adalah merupakan elemen penting dalam menghadapi risiko kecemasan kerana ianya merupakan sesuatu yang boleh berlaku dalam sebarang bentuk yang tidak dapat dijangka serta diramal.

Penceramah turut memaparkan beberapa kejadian kes seperti bencana tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa.Dimana senario pemindahan mangsa (Evacuation) dijalankan.Ini adalah untuk memberi gambaran kepada peserta tentang situasi sebenar ketika sesuatu bencana menimpa.

Peserta diminta untuk sama-sama memberi pandangan serta berfikir samada mereka benar-benar memahami prosedur tindakan,peraturan dan undang-undang yang perlu diketahui sekiranya sesuatu bencana melanda.

Hari Kedua 11 November 2010 (Khamis)

Peserta diberikan satu kajian kes untuk melihat serta memberi peluang kepada peserta untuk membuat satu stimulasi keadaan sebenar kecemasan dan peserta adalah merupakan penangungjawab bagi sesuatu organisasi atau syarikat.

Penerangan mengenai Zon bencana mengikut warna amat berguna untuk memudahkan operasi dilaksanakan dan yang mana perlu diberi keutamaan.

Beberapa tips berguna :

Koordinasi Arahan
Penyelarasan tentang sesuatu keputusan perlu dimuktamadkan.Tidak boleh terlalu ramai beri arahan.Jadi kalut.

Mengenal pasti situasi dan punca kecemasan
Ini amat penting bagi seseorang petugas ERT atau anggota penyelamat.Analisis dan maklumat yang tepat dapat menyelamatkan nyawa dan menentukan corak tindakan yang perlu diambil.

Memastikan keselamatan diri:
Adalah penting untuk memastikan diri sendiri berada dalam keadaan selamat dan bersedia sebelum menyelamatkan orang lain.Jika tidak,anda hanya menambahkan jumlah mangsa (diri anda sendiri).

Jangan cuba jadi Hero
Dalam situasi kecemasan,ianya adalah berkenaan dengan semangat berpasukan bagi menangani bencana.

Menghadapi Media
Seorang jurucakap perlu dilantik untuk memberi kenyataan.Terlalu banyak maklumat tidak rasmi hanya akan memburukan lagi keadaan.

Bengkel berakhir pada jam 5.30 petang selepas ucapan penutup dan penyampaian cenderahati daripada Penolong Pendaftar Bahagian keselamatan dan kesejahteraan pekerja Encik Syamsul Iqbal.

Kesimpulan

Semestinya banyak lagi ilmu yang dapat diperolehi daripada kursus-kursus sebegini.Diharapkan agar saya turut terpilih lagi untuk kursus lanjutan seterusnya.


LDK


Stimulasi


Penerangan


Terima Kasih

No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...