Tuesday, November 9, 2010

Perpecahan




SEJARAH juga telah membuktikan bahawa perpecahan umat Islam tidak mendatangkan apa apa jua kebaikan. Sejarah itu berulang kembali. Hanya mereka yang tidak memerhatikan sejarah akan jatuh kali kedua di lubang yang sama.

Sejarah perpecahan umat Islam bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW apabila ada pihak menolak kepemimpinan Khalifah Abu Bakar. Selagi manusia mampu dikuasai syaitan, perpecahan tetap berlaku. Syaitan berjanji memporak-perandakan seluruh keturunan Adam agar melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi akibat perpecahan.

Jikalau dulu wujud seorang bernama Abdullah bin Saba yang berjaya memecah belahkan umat islam, kini wujudnya pelbagai jenis manusia dan pertubuhan,kumpulan,pergerakan yang menjadi penghalang kepada kesatuan umat di Malaysia.

Rasulullah SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis diriwayatkan Tirmizi bermaksud: "Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan." Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.

Dimana Kita?

 

Faktor utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan.

Agenda Memecah belahkan Umat Islam
Pemikir Yahudi yang berfahaman neo-conservative sentiasa merancang untuk menjahanamkan Islam. Bukankah abad ini adalah abad pertembungan antara Barat dengan Islam? Ini jelas apabila "Cold War" telah tamat dengan kejatuhan Soviet Union.
Maka abad ini yang dilihat sebagai peperangan antara Barat dan Islam menurut Samuel Huntington menyebabkan tokoh-tokoh Yahudi berfikir untuk merancang merosakkan orang Islam.

Jadi, jalan untuk menghancurkan umat Islam dengan cara mengadu dombakan umat islam agar sentiasa bergaduh. Pergaduhan ini diharapkan berterusan sehingga umat islam lupa tentang hal hal penting dalam pembangunan umat yang lebih penting.

Adapun cara itu dengan memecah belahkan umat Islam dengan melalui penglabelan kelompok. Ini jelas apabila kajian yang dibuat oleh Bernard Lewis telah membahagikan umat islam ke dalam 4 kelompok iaitu fundamentalist, modenist, tradisionalist dan secularist.

Penglabelan ini dilihat mampu memecah belahkan umat islam. Apabila pengklompokan ini berlaku, umat islam sedaya upaya untuk menempatkan diri dalam golongan tersebut. Maka terjadilah proses penglabelan yang akan menyebabakan pergaduhan dan perpecahan.

Bukankah sejak dari dulu lagi Yahudi bijak dalam mengadu dombakan masyarakat Islam??? Begitulah darah Yahudi, bijak untuk menghancurkan Umat Islam hanya dengan "label" sahaja.

Sikap umat Islam yang sentiasa berpecah-pecah menjadi senjata musuh Islam untuk terus menindas umat Islam. Seorang tokoh bukan Islam pernah berkata: "Kalaulah orang Islam bersatu di dalam satu empayar Arab, mereka boleh menjadi satu bala dan bahaya kepada dunia. Kalaulah mereka masih bersengketa sesama sendiri, selagi itulah mereka tidak mempunyai sebarang kekuatan dan pengaruh."

Demokrasi Kepartian

Kita tidak sedar jarum demokrasi barat juga merupakan jalan memecah belahkan umat islam. Demokrasi yang melahirkan parti parti juga memecah belahkan umat Islam. Tetapi parti yang berorientasikan politik yang sihat itu baik, apa yang tidak baik adalah parti yang berorientasikan kefanatikan yang menyebabkan penyatuan dalam konteks umat Islam pun terabai.


 
Banyak program pembangunan umat Islam terbatal disebabkan oleh parti kefanatikan ini.Barat tersenyum dengan perpecahan umat Islam yang dideritai di mana-mana negara. Eropah dari awal lagi membuat "kesatuan eropah" yang mengukuhkan negara mereka sehingga mampu membuat penjelajahan dan imperialisme pada kurun ke 15-ke 18.

Umat Islam selepas kejatuhan Dinasti Uthmaniyyah tumbang akibat perpecahan.Dengan perpecahan umat Islam inilah mengakibatkan sendi-sendi lemah sehingga tidak mampu lagi untuk berdiri.

Dalam setiap rundingan tiada pihak menang atau kalah, sebaliknya persefahaman yang mengelak perpecahan itulah sebenarnya kemenangan kedua-dua pihak. Kepentingan dan kesejahteraan seluruh umat Islam perlu diutamakan dalam setiap keputusan. Kepentingan individu atau kumpulan tertentu perlu ditolak jika mendatangkan keburukan kepada masyarakat.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya,sudah pasti ada salah dan silapnya.Anda tidak perlu bersetuju.Namun ada baiknya jika kita mengkaji,meneliti dan berfikir kembali.

Kebenaran itu datangnya dari Allah SWT juga akhirnya.

9 November 2010.
12.20p.m


Yang mana satukah manakah
pilihan kita?


Nak pangkah yang mana satu ni?




No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...