Thursday, October 6, 2011

Cuti



5 Oktober 2011
Saya mengambil Cuti Rehat

9.30 pagi
Membawa isteri tercinta ke Hospital Putra bagi menjalani pemeriksaan kandungan,syukur   alhamdullillah,baby dan ibu dalam keadaan yang baik.


10.45 pagi
Celcom centre di Melaka Raya bagi menyelesaikan pembayaran Broadband

11.30 pagi
Maybank Melaka Raya menandatangani surat perjanjian pembelian perumahan

11.50pagi
Pejabat Pos Besar Melaka bagi mengambil bungkusan yang diposkan kepada isteri saya.(1st time )


12.00 Tengahari
Berada di kedai fotokopi di Taman Tasik Utama untuk membuat salinan setiap dokumen yang diperlukan apabila berurusan di KWSP.

1.15 petang

Solat Zohor di Masjid Al Alami MITC

1.45 Petang
Berurusan di KWSP bagi memohon pembiayaan perumahan.Saya sangat berterima kasih kepada staf KWSP MITC kerana mereka sangat profesional dalam menjalankan tugas dan juga begitu beretika ketika berhadapan dengan pelanggan.Segala urusan berjalan dengan sangat lancar.Tanhiah kakitangan KWSP MiTC Melaka.

Cuti Rehat 1 hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan menyelesaikan beberapa urusan penting bagi saya adalah cuti yang sangat bermakna.







No comments:

PROTON EXORA 2022 : SELAMAT DATANG

PROTON EXORA 2022 Segala puji bagi Allah SWT tuhan penguasa sekalian alam.  Membeli kenderaan bukanlah satu perkara yang enteng. Segala aspe...