Saya tertarik dengan pandangan seorang pengirim email berkenaan isu "cover" dan "Sapu bawah karpet" yang ditegur oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).Pandangan penulis ini pernah disiarkan dalam Berita Harian.
So,dalam masa kita menantikan Belanjawan 2012 ayang bakal dibentangkan oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak,Kita layan dan mengertikan artikel dibawah.
SAYA amat tertarik dan bersetuju dengan syor Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini. Memang wajar mana-mana kakitangan awam yang menyeleweng dikenakan tindakan seperti menyiarkan nama mereka di akhbar, sebagai tanda pengajaran, bukan memalukan.
Walau apapun pandangan dan saranan dikeluarkan oleh pelbagai pihak, saya percaya pokok pangkal kepada masalah disiplin di kalangan kakitangan awam adalah berpunca daripada sikap majikan atau ketua jabatan mereka, selain sikap kakitangan awam itu sendiri.
Ini benar, apabila rakan kakitangan awam yang pernah saya temui dan berbincang hal kerja, melahirkan rasa tidak puas hati kepada majikan mereka. Ada sesetengah majikan yang berlaku tidak adil dan pilih kasih.
Peraturan, tindakan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui surat pekeliling hanya terpakai kepada sesetengah kakitangan. Apa yang menyedihkan majikan atau ketua jabatan itu sendiri seolah-olah kebal daripada peraturan dan tindakan tatatertib.
Apakah kerana apabila sudah bergelar bos, segala peraturan tidak lagi terpakai - boleh masuk kerja lambat, balik atau keluar pejabat sesuka hati dan lain-lain.
Cuba kita ambil contoh mudah mengenai sistem kad perakam waktu.Ini memastikan majikan atau ketua jabatan mudah mengenal pasti kakitangan yang hadir atau tidak ke pejabat. Malah, ada tindakan susulan dikenakan kepada kakitangan awam yang cuai merakamkan waktu masuk ke pejabat, sama ada hadir lewat mahupun tidak merakamkan kad itu.
Jika dilihat kepada tindakan seperti potong gaji, turun pangkat, turun gaji, tahan gaji, buang kerja dan lain-lain, jelas kecuaian kakitangan yang mengabaikan sistem kad perakam waktu ini adalah berat dan serius.
Jika dulu, ketika masih berjawatan rendah, �bos ini sedar� dan �takut' kepada peraturan boleh saja merakamkan waktu masuk dan keluar pejabat pada waktu yang tepat.
Tindakan �bos� ini yang tidak mematuhi peraturan yang boleh dianggap kecil atau remeh boleh mengundang perasaan kecewa, sakit hati dan tertekan di kalangan kakitangan bawahan.Secara tidak langsung, sikap `bos' sebegini akan melemahkan organisasi, kerana kebanyakan kakitangan mula rasa bosan, jemu, malas, tidak komited dan tidak ikhlas melaksanakan tugas.
Adakah kerajaan memandang serius mengenai pemakaian peraturan ini? Atau ia hanya sekadar peraturan yang terpakai kepada kakitangan bawahan? Saya di sini ingin mengesyorkan supaya pihak yang berkenaan dapat mengumpul laporan kad perakam waktu dari setiap jabatan supaya dianalisis.
Mana-mana kakitangan yang memang jelas tidak mematuhi peraturan ini, termasuk ketua jabatan yang cuai merakamkan waktu, diambil tindakan disiplin, seperti disiarkan nama mereka di akhbar.
Ketua jabatan bertanggungjawab memastikan kakitangannya berdisiplin. Tetapi, sebelum mendisiplin kakitangan bawahan, ketua jabatan perlu mendisiplinkan diri mereka terlebih dulu.
Ketua jabatan hendaklah menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada kakitangan yang lain. Jika ketua jabatan sama-sama merakamkan waktu, saya yakin kakitangan yang lain akan turut merakamkan waktu tanpa ada sebarang rasa kurang puas hati kepada ketua mereka, malah mereka akan lebih menghormati ketua mereka.
Bagi saya, pekeliling yang dikeluarkan adalah terpakai kepada semua kakitangan awam, tidak kira mereka berjawatan rendah mahupun tinggi.
Saya percaya kakitangan yang berjawatan lebih besar seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah peringkat Persekutuan yang kita sendiri sedia maklum memang sangat sibuk dengan mesyuarat, ke luar negara dan sebagainya, akan merakamkan waktu masuk dan keluar pejabat kerana mereka tahu ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Ini juga sebahagian daripada memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja dan sistem penyampaian perkhidmatan yang selama ini sering dikritik hebat oleh pelbagai pihak mengenai kemerosotannya.
Justeru, bagi memulihkan persepsi masyarakat terhadap jabatan kerajaan, disiplin yang tinggi di kalangan kakitangan awam itu sendiri perlu dibentuk dan dimulakan daripada sekarang. Jangan hanya cantik dari pandangan luar, tetapi di dalamnya penuh dengan selut dan kemelut yang remeh-temeh.
Bagi semua kakitangan awam termasuklah ketua jabatan, ayuh kita mengorak dan melangkah lebih jauh ke hadapan dengan penuh berdisiplin dan berdedikasi. Cerminlah diri kita sebelum berkata-kata kerana kadang-kadang kita cakap tak serupa bikin. Untuk KSN, teruskanlah usaha murni membanteras segala penyelewengan dan salah laku kakitangan awam.
MEMERHATI DARI JAUH,Kuala Lumpur.
Apapun,ramai yang mengharapkan agar adanya khabar gembira buat kakitangan awam kerajaan secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya.Insha Allah.
Bonus?
1 comment:
Ada... dapata bonus ujung tahun ni n naik gaji lg.... tahniah...
Post a Comment