Saya rasa terpanggil untuk menyebarkan perkara ini,walaupun saya sendiri tidak tahu lagi dapat hadir atau tidak.Amatlah diharapkan agar umat islam agar dapat meninggalkan sementara fahaman politik yang berbeza sesama dan turut serta dalam perhimpunan ini demi Agama Islam tercinta.
Perhimpunan ini dianjurakan oleh NGO Islam yang akan membawa isu-isu yang akan diperjuangkan bersama.Terutama isu yang berkenaan Akidah umat islam pada masa kini dan cabaran untuk memurtadkan umat islam dinegara kita yang secara diam-diam oleh gereja kristian.
Antara agenda dan objektif perhimpunan ialah
- Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
- Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
- Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Marilah kita sama-sama menyokong Perhimpunan ini.Pengendalian Perhimpunan ini adalah berteraskan:
- Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
- Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namunpenyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
- Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
- Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
- Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
No comments:
Post a Comment